salam semua.. lama nana tak mengupdate blog kan? bukannya apa, nana sekarang hidup tanpa laptop dan internet sendiri.. banyak sangat yang nana kena korbankan..huhuhu… bukan senang nak senang, bukan susah nak susah kan?? hurm..

topik kali ni memang nana nak ulas lebih-lebih.. lama dah nana tak mengomel dalam blog nana ni kan? lama jugak la mulut puaka nana ni tak terkeluar untuk anda.. muahahhaa… nana nak cerita pasal sikap mangkuk hayun, sebagai seorang perampas.. secara jujurnya nana memang benci orang bergelar perampas.. nana pun tak suka nak jadi perampas..

kalau lelaki tu dah ada girlfriend atau isteri, jangan harap la nana nak layan wei… ko lelaki, jangan lah menggatal jew kerjanya.. yg dah kahwin mengaku bujang, yang ada girlfriend mengaku single.. pergghhh!! apa tujuan kau buat semua ni? adakah kauy nak tunjuk kau tu hebat sangat? kau tu laku sangat sampai boleh nak mengorat sampai 10 orang dalam satu masa? secara jujurnya, korang tu nak tunjuk lagak tak bertempat.. perempuan lagi pandang kalau lelaki setia.. kalau ada lelaki yang setia, perempuan respek habis la…

bagi perempuan pulak, boleh tak kau cari jantan lain?? bukan ramai lagi ke lelaki dalam dunia ni?? kenapa perlu nak ambil hak orang? kau ni dah tak laku sangat ke? hanya lelaki tu yang nak kat kau? kau fikir la kalau kau duduk tempat peremuasn yang di rampas, kau akan merasa seksanya..kau sanggup ke? kalau kau cakap kau merampas untuk kebaikan, meh sini, aku nak tanya, ada ke merampas untuk kebaikan? kalau aku ni tuli atau buta, tolonglah sedarkan aku k…

sesungguhnya, aman dan bahagia ke hidup kau? lepas kau merampas kasih sayang dari orang lain? kau rasa kau hebat ke? nauzubillah.. dah melampau sangat nana rasa luahan perasaan nana ni.. tapi sumpah!! ini memang yang terbuku dalam hati.. tolonglah sedar wahai si perampas dan yan berlaku curang.. hope korang sedar k!!!!

bagi sesiapa yang terasa, nana ucapkan ribuan ampun dan maaf..

sekian wasalam~~

ada tak sesiapa nak dengar luahan nana hari ni?? siapa minat bacalah, siapa tak minat, tak mengapa.. nana rasa sedih la hari ni.. tak tahu kenapa.. memang sayu jew rasanya.. mungkin ke kalau kita sayang orang tu, bila dia buat sesuatu yang negetif, kita akan rasa macam ni?? tolong lah semua.. nana terlalu sedih.. sampai hari ni, nana tak mampu nak berkata apa-apa…

mungkin kebahagiaan yang diberikan seketika… mungkin kesedihan adalah milik nana.. tiada apa yang indah pada diri nana.. sesungguhnya nana memiliki seribu kelemahan.. jika dibandingkan dengan kelebihan, nana memiliki kelemahan seribu nisbah satu berbanding dengan kelebihan…

rasanya dalam hidup ni pun, nana lebih mengalami banyak kesedihan dari kegembiraan.. rasanya bila ye kehidupan nana akan aman dan dapat hidup bahagia?? Ya Allah.. Berikanlah hambamu ini kekuatan.. bagi sahabat nana di blog ni, nana ucapkan ribuan terima kasih, walaupun kita tak pernah bersua di alam nyata, namun anda banyak bagi nana semangat.. terima kasih yang tak terhingga…

sesungguhnya perasaan itu lahir dari nurani setiap insa.. nana nak mintak maaf kalau sesiapa ada yang terasa dengan segalanya.. nana dah jarang jenguk blog anada semua dan juga membalas komen.. nana harap semua paham, nana abru mula berkerja, kalau menempek di blog jew, memang nana akn kena band la dari kerja kat sini.. nana harap anda faham situasi nana..huhuhu~~

sebelum ni nana dah buat posting tentang masalah keguguran rambut dan punca-punca masalah ini terjadi.. seperti janji nana yang lepas nana akan menunaikannya… perghh!! ayatskema tahap bewok ni!! muahaha.. almaklumlah orang duk ofice..muahaha… ok2.. now nana nak bagi langkah-langkah yang boleh mengurangkan dan menghapuskan masalahkeguguran rambut ini~ :)

1- urut kulit kepala dengan hujung jari (bukan kuku) setiap hari untuk melancarkan peredaran darah di bahagian kepala..

2- sebaik berenang di kolam renang, cuci rambut dengan syampu untuk membersihkan klorin yang boleh merosakkan rambut dan kulit kepala.

3- sikat rambut dan kulit kepala dengan lembut iaitu lebih kurang 100 hingga 200 helai rambut untuk sekali sikat pada waktu pagi dan malam. Ia membantu mengelakkan minyak yang sudah keras (sebum) daripada menyekat folikel rambut, seterusnya merangsang pertumbuhan rambut baru.

4- jika ingin menggunakan pengering rambut, pastikan hujung pengering rambut itu tidak terlalu dekat dengan kulit kepala. Ia penting untuk melindungi kulit kepala dan rambut daripada haba yang tinggi.

5- sebaik mungkin, elakkan penggunaan krim rambut, losyen, gel dandanan dan penyembur terus kepada kulit kepala. ini kerana ia boleh menyebabkan folikel rambut tersumbat.

6- pastikan rambut dan kulit kepala tidak terdedah pada angin serta sinaran matahari pada tempoh yang lama.

7- jangan gunakan topi yang ketat kerana ia akan mengganggu peredaran darah di kepala sehingga mengganggu peredaran nutrisi dengan sempurna.

8- sekiranya anda berhadapan dengan masalah rambut gugur yang menipis dengan teruk, dapatkan rawatan pakar untuk mengetahui puncanya.

9- cubalah mengimbangi gaya hidup anda kerana stres boleh meningkatkan tahap hormon yang kemudiannya merangsang penghasilan minyak berlebihan kepada kulit kepala.

10- ketahuilah bahawa diet yang ekstrem mengundang bahaya kepada rambut. untuk memiliki rambut yang sihat, pastikan anda mengamalkan pemakanan sihat yang lengkap dengan vitamin dan mineral.

sekian tips dari pakar kejelitaan nana.. muahaha~~ rasa nak lempang diri sendiri dengan tapak kaki..hahahah~~ nana harap dapat membantu anda yang mengalami masalah ini ya.. :)

wah!!! jangan tak percaya ye… nana sudah berjaya menamatkan sesi pengangguran selama ini..penat belajar bertahun-tahun tapi sekarang baru merasa nikmat dan peluang bekerja…huhuhu~~ amacam? gempak tak gambar di atas tu? ada hati nak jadi workaholic..huhuhuhu… sampai kerusi pon toilet bowl, senang kau, tak payah berganjak.. hidup kerja, kerja dan kerja.. huhuhu~~

semua tu adalah angan-angan semata.. memang nana dah mula kerja, tapi tidak la sampai nak beria macam tu…hehee~~ walaupun kesihatan nana tidak mengizinkan, namun nana terpaksa tempuhi juga… best woo.. masuk kerja online.. on blog dan fb..muahaha~~ keji kan? pape pon, belum ada kerja yang nana kena buat.. tapi kena curi-curi la nak update blog ni..

kalau ada masa nanti nana jenguk blog anda semua k.. kalau boleh la ye, nana tak bawak laptop buat masa sekarang… cuma boleh online di tempat kerja, secara curi-curi jew la..huhu~~ sadis kan? muahaha… nana kerja di mana ye? yeahh!!~ nana sekarang di shah alam… besar kan shah alam?? so, kalau terjumpa tu, nana la orangnya..huhuhu..tapi tak perlu nana bagi secara terperinci kan? mati mak kena serang nanti nokkksss… muahaha~~

sekian update yang tak seberapa dari nana..huhuhu~ mudah-mudahan anda tak tertanya-tanya ke mana nana pergi..huhuhu~ ada ke yang bertanya?? lalalala~~ komen dan kunjungan nana akan cuba balas k.. jangan kata nanna sombong taw.. huhuhu~~

semalam kawan nana selamat menjadi isteri seseorang.. lepas balik rumah, nana pulak yang tak larat.. penat memang la penat.. tapi lebih menyedihkan nana diserang batuk dan selsema.. so, tergendala sebentar sesi membalas jejak.. kepala terasa berat.. mungkin banyak minum ais dan buah-buahan kot.. almaklumlah lama tak balik kampung..

doakan nana cepat sembuh k.. nana nak kembali membalas jejak anda.. huhuhu~~ nana cukup tak suka kalau macam ni.. aduhh~~ maaf taw kawan-kawan semua.. jangan muak datang rumah pink nana k.. :)

NUFFNANG
THE OWNER
❤iDa SaZaRiNa JoHaRi❤
❤2 DeCeMBeR 1987❤
❤nana_pinkyrose@yahoo.com❤
MY BANNER
sesiapa nak exchange banner sila inform, nana akan letak banner @ link u all gak kat cni
ambil code ni::
MY BELOVED
BE MY TEAM
Nanajoe on Facebook
VIEW SINCE 12/04/10
joomla site stats
USER ONLINE
online counter  LoVe mY PiNkY HoMe
WEBSITE HANGAT!
SEMBANG SEBENTAR


U TANYA NANA JWB
Free Automatic Backlink Free Auto Backlink Free Auto Backlink Free Auto Backlink Free Auto Backlink Free Auto Backlink Review www.idasazarina.com on alexa.com
This site is protected by WP-CopyRightPro